Fenomina Adam & Hawa, yang di ambik dari sebuah novel karangkraf sangat menarik perhatian pengemar tegar pembaca novel. Mungkin ramai yang dah tengok atau baca tak per mana yang tak tahu sini ada sipnopsis cerita adam dan hawa ni.
Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
so me bukan lah fanatik sangat cuma masa dulu-dulu rajin lah baca novel skang ni dah kuarang sikit. cerita ni memang seronok kalu hayati betul boleh menagis hehehe tu kata orang ramai yang dah pernah baca buku ini, saya dah berulang kali baca buku ni, hasil dari pinjam meminjam dari perpustakaan atau pun dari kawan, Novel pertama saya yang pernah saya beli pada tahun 2005 hasil dari duit simpanan sendiri pun dari pengarang asal cerita adam dan hawa ia itu Aisya Sofea. Tajuk buku tu Sehangat Asmara. Seronok buku dia cara penulisan yang bagus.
wahhh pengkritik gitu kelas kau jahh...Cerita adam&hawa sebnyak 80 episod buat orang tertanya-tanya apa yang akan jadi selepas episod2 yang telah di siarkan. Hope sambutan ni boleh sama taraf dengan ombak ridu, hehehe pecah panggung!! memandangkan rumah tak ada astro saya pun menggoogle lah link2 yang boleh tgk dan dowld secara online, yang saya tahu hanya di link ini untuk tonton full episod adam dan hawa Daily Montion. So siapa yang terlepas boleh tengok from here. ok selamat menonton ya!!