ONLY NATURAL PET STORE LLC

Tuesday, July 17, 2012

Kebaikan Tomato Cherry

Scientific Binomial Name: Solanum lycopersicum var. cerasiforme

Tomato ceri berkualiti baik seperti berkulit licin dan sekurang-kurangnya berwarna merah jambu. Tomato yang sebahagian hijau akan masak jika dibiarkan pada suhu bilik.Tomato yang masih hijau masih belum dikira sebagai matang. Sekiranya tomato berwarna kemerahahan ia elok di makan begitu sahaja tidak sesuai untuk dimasak.

kebaikan tomato ceri

* Tomato ni kaya dengan antioksida ,

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan

* Melancarkan perjalanan darah

* Menghalang pembengkakan dan keradangan

* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan

* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

Tomato ceri ini boleh dihidang dengan pelbagai cara, seperti salad buah atau sayur, sebagai veggie di dalam sandwich, decoration, minuman atau sebagai pencuci mulut selepasa makan dan yang selalu saya lakukan kat rumah mengantikan sneak makan malam untuk menonton televesion atau melayari internet. Makan dengan asam manis sedap. Dan elok untuk perut saya yang susah nak buang air besar heeee....=)

Kebaikan tomato ini datangnya dari warna merahnya. Warna merah tomato adalah disebabkan kehadiran lycopene. Lycopene adalah carotene dan pigmen carotenoid yang boleh didapati dalam buah-buahan atau sayuran merah seperti tembikai, betik, lobak merah, tetapi tidak terdapat pada strawberi dan ceri. Makanan yang ada lycopene ni boleh kurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung

The Cherry Tomatoes are low in Sodium, and very low in Saturated Fat and Cholesterol. They're also a good source of Vitamin E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Magnesium, Phosphorus and Copper, and a great source of Dietary Fiber, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Potassium and Manganese

Resepi bread tomatoes

1 Bebuku roti prancis (boleh dapat kat giant or kedai roti)
4 cawan kecil tomato ceri
8 sudu besar minyak bawang putih

1.Panaskan ketuhar pada 375F.

2. Potong roti mengikut kesukaan anda (saya potong empat segi).letak di atas dulang pembakar dan bakar roti selama kira-kira 5 minit, sehingga keemasan dan agak garing. Alihkan roti ke dalam pingan.

3.Basuh tomato dah bersihkan segala kotoran yang terdapat pada tomato dan keringkan tomato tersebut, Belah tomato ceri pada dua bahagian

4.Panaskan 5 sudu minyakbawang putih di atas kuali nonstick letak kan api yang sederhana . Tambah tomato dan masak, kacau sering, sampai lembut, kira-kira 5 minit. Tambah secubit garam dan lada hitam secukup rasa.

5.Hidang kan bersama Roti yang sudah di bakar tadi atau boleh taburkan kedalam roti yang sudah di bakar.

P/S : Cara lain untuk menambah kesedapan roti, boleh taburkan cheece mozarella dan cream bawang putih sebelum bakar di dalam oven. aroma dia sungguh mengasyikan.

0 comments:

Post a Comment