ONLY NATURAL PET STORE LLC

Saturday, January 28, 2012

Ubat kurus..no more

morning readers...today the entry about diet pill....
hadoi...gara-gara ubat kurus aku sakit perut 2 hari...hadoi
saya dah kurus (45kg)..kuruslah kan.
ahahaha...dah la susah nak naik kan berat badan ni.
urmmmm...kalu ada ubat tinggi kan best...sbb aku pendek jer...around 150 ahaha.

ok back to this entry...ha sapa ada pengalaman sal pil2 cm nih...beter jgn amalkan ok...byk buruk dari baik.
tp kalau amal dengan cara yang betul insyallah mujarab.
saya ambik ubat nih bukan nak kurus or wat sebab proses membuang kurang sikit then terpaksalah...ni gara tak mkn buah..so all readers take note ok..
ambik buah selepas mkn sehat untuk tubuh badan dan proses perlawasan
a bit info about ubat kurus.



|
|
V

Ujian dan pengesahan ubat dan pil kurus

Kebiasaannya, sebarang ubat atau herba yang akan dipasarkan harus melalui ujian-ujian yang mengesahkan keselamatan penggunaannya kepada konsumer. Secara protokol, ubat harus diuji secara klinikal untuk mengenalpasti kesan sampingan ubat tersebut kepada manusia. Ujian-ujian yang dijalankan mengambil masa bertahun-tahun supaya segala kesan baik dan buruk ubat tersebut dapat diketahui. Ubat dan pil kurus di Malaysia kebiaasaannya tidak diuji secara klinikal dan hanya diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan produk yang bakal dipasarkan tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya. Kesan jangka panjang pil kurus yang terdapat di pasaran tidak dipastikan. Penyelidikan mendapati risiko merbahaya pil-pil kurus ini meningkat apabila pil tersebut digunakan dalam jangka masa yang panjang. Tidak dapat dinafikan bahan-bahan yang terdapat dalam pil-pil kurus di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada herba dan akar-akar kayu yang dikategorikan sebagai makanan atau pun ubat. Walau bagai mana pun, pengambilannya secara berlebihan secara berpanjangan boleh membawa mudarat. Sebagai contoh, jering yang dipercayai penyembuh pelbagai penyakit telah terbukti secara saintifik memberikan kesan buruk kepada hati dan buah pinggang.

Kesan sampingan pil kurus
Di antara kesan sampingan pil kurus adalah seperti keletihan, hiperaktiviti, berasa resah, mulut kering, cirit-birit berpanjangan, sakit kepala, muntah, sembelit, pening, berpeluh secara berlebihan, kitaran haid terganggu, demam, perubahan nafsu seks, keguguran rambut, kabur penglihatan, masalah buah pinggang dan lain-lain. Berlebihan dos boleh menyebabkan kesan yang lebih ekstrem seperti mengigil, halusinasi, nafas semput, buah pinggang rosak, sawan, darah tinggi dan serangan penyakit jantung. Kesan-kesan sampingan ini berbeza-beza bagi jenis pil kurus yang diambil, bergantung kepada kandungan aktif pil-pil tersebut.
Di Belgium, pil diet herba yang diberikan kepada konsumer selama 3 tahun di klinik untuk menurunkan berat badan telah menyebabkan lebih 100 orang mengalami kerosakan buah pinggang. 10 tahun kemudian, beberapa orang yang mengambil pil herba yang sama didapati mempunyai kanser saluran kencing. Pada tahun 2001 di Amerika Syarikat, FDA (Food and Drug Administration) telah menarik balik 13 produk pil kurus yang berasaskan herba kerana potensinya untuk merosakkan buah pinggang. Di Malaysia, beberapa kenalan rapat termasuklah ahli keluarga saya sendiri didapati mempunyai kerosakan buah pinggang akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan. Ini membuatkan saya terpanggil untuk menyedarkan anda semua betapa merbahayanya pil-pil kurus ini.
Apabila seseorang  berhenti mengambil pil kurus ini, kebiasaannya berat badannya akan meningkat kembali secara mendadak dan boleh menjadi lebih gemuk daripada asal. Sindrom yo-yo ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah turut mempengaruhi kesihatan mental seperti berasa rendah diri dan putus asa.

Cara yang sihat untuk menurunkan berat badan
Memang benar kurus boleh menjadikan seseorang tampil lebih cantik dan menawan. Tetapi, yang lebih penting adalah kesihatan seseorang individu. Individu yang sihat kebiasaannya mengamalkan cara hidup yang sihat, sekaligus menjadikannya tampil sihat, gembira dan menawan. Cara hidup yang sihat seharusnya diamalkan sepanjang hidup dan bukannya dengan pengambilan produk-produk yang memberikan kesan jangka masa pendek atau risiko kepada kesihatan. 
Antara gaya hidup yang sihat adalah seperti berikut:

  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pengambilan sayur dan buah untuk serat, vitamin dan mineral.
  • Elakkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan makan masakan yang dikukus, rebus atau bakar.
  • Ambil bijirin penuh seperti oat, roti bijirin penuh dan beras perang.
  • Amalkan senaman untuk membina otot dan badan yang sihat.
  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki kerana sifat “tak pernah cukup” hanya akan mendatangkan kekecewaan dan kesedihan.
  • Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dipanjangkan umur. Sebenarnya, kita berdoa untuk badan yang sihat setiap kali solat sewaktu duduk antara dua sujud. Cuba fahamkan bacaan dalam solat supaya kita lebih dekat kepada yang Esa. Insya Allah, kesihatan fizikal, mental dan rohani akan seimbang :)

0 comments:

Post a Comment